Rokok Elektronik | Hapus tanggapan rokok elektronik selamat digunakan - KJ

2022-10-20 0

Persepsi bahawa vape atau rokok elektronik selamat untuk digunakan perlu dihapuskan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana ramai pengguna rokok elektronik di negara ini terdedah penyakit kecederaan paru-paru yang dikenali sebagai kecederaan paru-paru berkaitan penggunaan produk e-rokok atau vaping (EVALI).